24 hari genap aku hidup bekerjaya sendiri.
Office aku di sebelah dapur yang asalnya seperti bilik orang gaji.
Tapi masakan bilik bibik sedangkan aku tinggal di perumahan kuaters?
Mungkin perancangan renovasi yang tak terancang dari pihak pelaksana.
Banyak modal, tenaga dan masa aku terluak mendekorasi bilik bibik ni agar selesa menjadi ruang kerja.
Alhamdulillah, 24 hari sehabis baik kuderat aku titipkan mencari rezeki demi nak bayar komitmen bulanan. Setakat ni cukup.
Lega jiwa. Tak ada lagi trafik sesak panjang seperti ular, bergerak perlahan mengalahkan kura-kura.
Kurang dah dosa mengumpat. Kurang dah dosa makan gaji buta bila mengantuk buka tiktok.
Tak ada dah sesi mental break down meraung dalam kereta pagi-pagi nak ke tempat kerja.
Sekarang dosa aku cuma dengan suami dan anak jelah paling banyak. Senang malam-malam boleh minta maaf terus.
Egois manusia.
Tapi baliknya sunyi juga. Tak ada teman nak bersembang. Baru semalam aku maki seekor bari-bari sebab hurung aku yang tak mandi sejak pagi sampai tengah hari.
It's real man.
Tak sekaya dulu tapi cukup lah setakat ni bahagia aku.
Boleh netflix anytime.
Boleh bobok anytime.
Jamban tak perlu que.
Milo boleh ratah. Kalau suami tanya kenapa cepat habis boleh blame anak.
Tak rushing nak punch card. Tak pantau jam bila nak 5.30 pm.
Oh ya, Faiq masih aku hantar pada pengasuh.
Sebab.
Aku bukan ibu yang baik. Makan perut sendiri pun culas, dan aku tak mampu nak main layan imaginasi Faiq lebih dari separuh hari.
________________________
Meniaga sendiri, barang kraf buatan sendiri,
Akulah CEO. Akulah pereka design, aku juga lah tukang bungkus, dispatch juga aku, customer service juga aku. Small business man.
Baru ni aku beranikan diri edit dan upload video difacebook. Kisahnya aku dah bersara dari dunia Civil Engineering dan fokus dengan business sendiri.
Terharu ramai yang bagi kata-kata semangat.
Paling terharu mak cik aku mesej aku personal, seorang pengasas syarikat audit, bagi idea dan semangat.
Aku berhenti sebab aku ada perancangan dan hala tuju.
Tapi aku tak nak terburu-buru sebab aku nak nikmati sehabis mungkin hidup diambang 30an.
Tapi matlamat aku jelas. Jangan memandu tanpa destinasi. InnshaaAllah. Aku pun tak mau fikir terllau jauh dan mendatangkan perasaan takut dengan benda yang tak terjadi lagi.
My shop registered under SSM with name,
Ara Lula
Anak Anon (kakak). Bukan pilih kasih, tapi sebab aku suka nama dua ketul manusia comel ni.
Zahara & Zulaika (Lula)