29 April 2017

random

semua penceritaan berkisar tentang satu roh sebab cuma jemari yang sama menaip buat tatap hari tua.
bila rasa jatuh, ulang berulang baca benda yang sama. tapi jarang. sekarang.
mungkin sebab faktor usia.
bahasa makin berkurang, banyak yang terpendam dari diluah.

hari ni tak ada lagi apa yang hebat.
macam biasa masih mencari hiburan rakaman kenangan waktu tua.
tapi sayang, pelupa.

tekanan dari dari otak menekan-nekan pemikiran dek kejarkan dateline projek sarjana muda 2.
ya, aku tulis ni separa mengantuk dan marah.
marahkan diri sendiri:

PSM ni bukan je semata-mata kajian atau thesis student degree, ni melambangkan diri aku. Result cincai, cincai la aku. semua last minute. tak ada perancangan. Banyak ikut orang. Nuar tak gerak, aku pun tak gerak. harapkan sangat parameter tanah dari dia. aku tak berdikari. benda kena selesaikan, aku tangguh. aku main-main. semua ni melambangkan sifat aku.


banyak lagi benda boleh stresskan kepala.
roomate, blajar, family, tunang, diri sendiri.

oh ya, tunang.
aku dah bertunang. 8 april lepas.

No comments:

Post a Comment