15 November 2016

Bendi Goreng dan Telur Masin

Jam tepat 5 petang. Perut aku bergendang tanda lapar.
Seharian kelas petang. Dengan berat bahu aku gagahkan goreng ikan buat lauk.
Pinggan aku hempas manja atas meja makan. Buka tudung saji semena rezeki murah roomate tinggalkan sikit baki bendi goreng dengan telur masin.
"Telo sape ni woi"
"Ha makan la untuk kau tu!"

Lahap habis aku kunyah nasi kicap bersanding dengan ikan goreng dalam pinggan aku.
Tiba-tiba aku tersentak.
Aku cubit lagi sikit telur masin untuk disuap.
Tapi benda terbantut.
Aku teringat seorang lelaki tiba-tiba.
Lelaki yang paling selalu mengalah bila ikutkan kehendak aku.
Teringat sebab dia pernah mengalah makan putih telur masin dan bagi aku kuningnya.
"Aku tak gemar sangat bendi goreng sebab dia berlendir.."

"Abah kau paling suka makan bendi goreng." -mak.

Ye lah abah.
Tiba-tiba datang mana entah scene makan sambil menangis.
Siapa sangka sambil makan pun kenangan boleh datang satu-satu menggungkit jahilnya aku sebagai anak. Semua benda yang abah dah buat untuk aku.

Aku teringat usapan terakhir abah waktu aku bacakan Yaasin dipenjuru katil wad ICU sehari sebelum abah putus asa dengan Phybrosis. Teresak-esak aku habiskan ayat suci al-Quran. Scene ni kalau teringat waktu ketawa kepalang pun aku boleh menangis.
Dah lebih 8 bulan abah tinggalkan kami.

Kicap dekat jari aku hampir kering. Lama juga aku menung teringat lelaki sorang ni.
Lantas aku sedekahkan Fatihah sambil kesat air mata guna hujung baju.
Terselak baju nampak perut boroi, aku ketawa kecil.

No comments:

Post a Comment