09 September 2016

1 pagi

ada satu hari tu aku berada di fasa mempersoal benak fikiran,
menyapa payah sekali mendapatkan syurga?
banyak pantang dan pada,
jaga adab, laku dan kata.
payahnya.
aku soal,
kau kata Islam itu mudah?
aku letih asyik berwaspada tapi tetap terlanjur jahat.
apa maknanya kejadian yang asyik berasa takut?



tadi malam tidur aku tak lena.
capai tembikai dan pear sambil menonton.
jam 1.30 pagi tak banyak pilihan cerita.
lalu ketik menukar siaran terhenti di Al-Hijrah.
mempapar jutaan manusia kelilingi Kaabah.
kagum sebentar lantas aku tercerna,
terjawab persoalan aku tempoh hari.

kerdilnya kita.
tapi tiap satunya Allah pandang.
baiknya Dia.
kerongsang 10 pun aku tak mampu belai baik baik,
banding pula dia empuanya bertrilion roh.
Kagum.
aku terkesima kagum dengan kewujudan kita.
thanks for open up my eye at 1 o'clock in the morning 💕 


-repost

No comments:

Post a Comment