04 August 2013

INSAF

aku sedang mengkritik takdir yang membawa aku ke fasa penganguran lagi.
fikiran dah padu memikirkan kesukaran hidup yang bakal aku tanggung tanpa kertas bergambar.
aku mundar mandir sambil menunggu pukul 4 untuk ke kerja sambilan di Kenny Rogers, menambahkan kusut bila aku telapkan tapak tangan ke muka.
kasar.
tapak tangan ku kasar. kerja didapur bermandi dengan pelbagai campuran kimia.
bukan. ia bukan makmal. campuran bahan kimia yang menghasilkan sabun yang hebat. membuatkan kulit tangan mengelupas. (ini membuat aku berasa hebat dengan kemampuan diri, *bangga)

tanggan ku takkan serupa selipar jika gaji aku bekerja di ABAD menepati janji yang dibuat. seribulimaratus.
tapi bahagian aku kecewa lagi bila janji, kepercayaan, kesungguhan aku dilempar macam NOKIA 3310 oleh seorang gadis yang marahkan teman lelakinya pada tahun 2007.
aku jatuh.
separa merangkak.
gelap datang.
aku mendongak.
lampu tertumpu ke arah aku.
sambil tidak sedar tangis dipipi ditemani kerut-kerut muka mengiyakan tangisan itu.

keadaan ini mengingatkan lagi aku tentang lontaran yang sama berbentuk cinta lebih 3 tahun lepas.
tambahan nya aku separuh mati.
menipu kiri dan kanan demi simpati.
bukan senang nak berdiri!
aku mengambil sesi psikologi yang lama dengan diri sendiri..

bezanya rasa yang sama itu mengajar aku.
untuk tidak peduli.
supaya aku tak lagi jatuh tergolek tergolek tergolek tergolek dan terus tergolek hampir 3 tahun.

rasa kecewa atau sakit itu aku biar ia datang sekejap sekejap
dalam mental ku yang paling kuat. supaya inisiatif terus hidup tercapai.

kali terakhir ia datang,

tadi.

lalu aku kerutkan dahi dan mentelap wajah dengan tapak tangan yang kasar.
bunyi motor cabuk di hadapan rumah berlalu.
aku lihat dua orang warga indonesia berbaju cabuk dengan motor yang cabuk dan berwajah cabuk.
sambil mengendong guni cabuk dibahu penumpang belakang. bahunya tak cabuk, cuma senget kerana beban yang dipikul berat.
berkasut but.
pekerja am mungkin'
yang menyiapkan rumah baru dibelakang rumahku mungkin'

lantas aku bersyukur dengan kesenangan hidup ku hari ini.

t e r s e d a r

tangan yang kasar ditelap kembali kemuka. bukan bingung dan berkerut, tapi menahan sebak sambil ucap, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment